Kempen Alam Sekitar

KEMPEN

ALAM SEKITAR

KEMPEN SELAMATKAN PANTAI WARISAN TELUK MUROH

Pantai Nelayan Teluk Muroh, Lumut, Perak


Cadangan untuk menambak kawasan pantai sensitif yang berkepanjangan lebih kurang 1,000 meter itu bukan sahaja menjejaskan ekosistem bahkan bakal menjejaskan nelayan yang sangat bergantung kepadanya bagi tempat menyimpan bot dan sampan, malah turut menjadi lokasi orang awam mengutip hasil laut seperti kerang dan siput pelbagai jenis. baca seterusnya...



KEMPEN HENTIKAN PROJEK HUTAN LADANG

Semenanjung Malaysia


Projek Hutan Ladang bermaksud projek pembukaan ladang secara besar-besaran di dalam Hutan Simpanan Kekal & Hutan Kaya Biodiversiti kita yang bakal memusnahkan ekosistem berskala besar serta punca kepada kejadian banjir besar, kemarau dan bencana alam yang lain. Projek ladang hutanuntuk tujuan tanaman monokrop seperti kelapa sawit, getah, dan sebagainya merupakan faktor terbesar kepada kehilangan hutan kita saban tahun semenjak berdekad yang lalu. baca seterusnya...



KEMPEN SELAMATKAN RIZAB PELANCONGAN KELIP-KELIP KG.DEW

Teluk Rubiah, Manjung,, Perak


Kempen bersama komuniti Persatuan Kelip-Kelip Cahaya Alam (KECAP), pengusaha pelancongan kelip-kelip dan nelayan Kampung Dew Kuala Sepetang bagi memulihara dan melindungi Hutan Paya Bakau Larut Matang daripada projek kolam udang dan kemusnahan akibat komersialisasi. baca seterusnya...





KEMPEN SELAMATKAN PENYU & HUTAN BUKIT PANTAI SEGARI

Teluk Senangin & Pantai Segari, Manjung, Perak


Pantai Segari, Manjung Perak merupakan salah satu kawasan khazanah biodiversiti yang kaya dengan terdapatnya spesis penyu,ikan lumba-lumba, pokok-pokok tropika eksotik dan hidupan liar yang lain. Kini diancam dengan cadangan pembinaan kilang mega & aktiviti pembangunan industri yang sekaligus bercanggah dengan pelan Rancangan Fizikal Negara yang mengkategorikan kawasan ini sebagai kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 1. baca seterusnya...


KEMPEN SELAMATKAN HS PONDOK TANJUNG & TASIK BUKIT MERAH

Tasik Bukit Merah, Daerah Kerian, Perak


Kempen menyelamatkan rizab tadahan air Hutan Simpan Pondok Tanjung & Tasik Bukit Merah daripada aktiviti pembalakan, pencerobohan haram dan pengurusan pembangunan yang tidak mampan. baca seterusnya...




KEMPEN SELAMATKAN TELUK RUBIAH

Teluk Rubiah, Manjung,, Perak


Kempen membantah pembinaan kilang besi Vale, sebuah kilang mega yang dimiliki oleh syarikat dari Brazil yang terkenal dalam memusnahkan alam di serata dunia. Pembinaan kilang tersebut sekaligus telah melenyapkan pantai pelancongan Teluk Rubiah. baca seterusnya...