Kenali Kami

KENALI

PERSATUAN AKTIVIS SAHABAT ALAM

PROFIL ORGANISASI

Logo Pokok bermaksud:

 

Akar: Perjuangan KUASA yang memfokuskan kepada akar umbi

 

Batang: Kesatuan atau kuasa rakyat tunjang kepada perjuangan kami

 

Dahan & ranting: Kami mengambil bermacam cara & pendekatan dalam memperjuangkan nasib alam sekitar

 

Daunan hijau rimbun: Hasil akhir kami, iaitu ingin melihat dunia ini dibangunkan secara lestari

 

Keseluruhan pokok: KUASA beranggapan pendidikan modal ke arah gaya hidup lestari adalah elemen terpenting semenjak dari kecil (proses menanam benih) hingga ke dewasa (hasil yang dituai)

Kumpulan Aktivis Sahabat Alam - KUASA, berdaftar sebagai Persatuan Aktivis Sahabat Alam [PPM-033-08-14112012] di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS)

 

KUASA ditubuhkan pada November tahun 2012 di Daerah Manjung Perak yang ketika itu sedang hangat dengan pelbagai isu-isu alam sekitar kritikal seperti pembinaan kilang besi, pelabuhan, stesen janakuasa elektrik dan projek pembangunan tidak mampan di kawasan sensitif alam sekitar dan kaya biodiversiti.

 

Setelah 5 tahun tertubuh, KUASA kini melebarkan sayapnya ke negeri Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor & beberapa daerah di Negeri Pahang.

 

KUASA bermatlamat untuk memperjuangkan keadilan & demokrasi alam sekitar demi kelestarian bumi sejagat melalui pelbagai pendekatan.

 

Misi kami termasuk untuk melahirkan aktivis-aktivis, rangkaian & generasi baru yang mampu membuat perubahan dalam mewujudkan sistem kehidupan yang lebih harmoni antara kemanusiaan dan kelestarian alam.

selanjutnya...

 

Dalam menyelesaikan satu-satu isu alam sekitar yang besar, KUASA bekerjasama dengan komuniti tempatan bagi membentuk jawatankuasa bertindak bagi memperjuangkan krisis alam sekitar yang berlaku di tempat mereka dalam masa yang sama kami memfokuskan penghakupayaan dan pembinaan kapasiti masyarakat tempatan.

 

KUASA juga turut memfokuskan kepada kempen alam sekitar jangka masa panjang seperti kempen perlindungan hutan dan kempen kepenggunaan seperti program kitar semula, etika pengembaraan atau pendakian alam, pertanian lestari dan lain-lain.

 

VISI

 

  • Memperjuangkan keadilan & demokrasi alam sekitar demi kelestarian bumi sejagat

 

MISI

 

  • Melahirkan aktivis-aktivis, rangkaian & generasi baru yang mampu membuat perubahan dalam mewujudkan sistem kehidupan yang lebih harmoni antara kemanusiaan dan kelestarian alam

 

  • Mewujudkan fikrah dan kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan rakyat Malaysia ke arah pembinaan masyarakat yang progresif & lestari menerusi proses pendidikan

 

  • Perlindungan alam sekitar melalui penghakupayaan masyarakat akar umbi yang mendapat impak & akses secara langsung kepada sumber asli

 

  • Memelihara & memulihara warisan khazanah biodiversiti negara melalui pelbagai cara pendekatan

Hak Cipta Terpelihara @ KUASA 2017

HUBUNGI KAMI

+6 019-965 1315

+6 017-887 1887

BERDAFTAR SEBAGAI

 

Kumpulan Aktivis Sahabat Alam - KUASA, berdaftar sebagai Persatuan Aktivis Sahabat Alam [PPM-033-08-14112012] di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS)